MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004 |
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabrakatuh!
Salam Sejahtera!
Salam Reformasi dan Perjuangan Suci demi KeADILan.
Seloka/Pantun: Tajuk : PERJUANGAN DAN TELUK KEMANG
Oleh : AZHARI (S)
Gembiranya hati tidak terkira,
Laman Reformasi aktif semula,
Setelah MOGOK seminggu lamanya,
Kini beraksi di atas persada.
Setelah BERTAPA sekian lama,
Tentunya muncul sebagai PANGLIMA,
Setelah ILMU penuh didada,
Tentu tingggi Ilmu Silatnya.
Keris dipinggang tanda PERWIRA,
Bukan Keris BOGEL lambang tak guna,
Tentu bersedia sepenuh tenaga,
menghadapi MUSUH pemimpin negara.
Kembalimu tepat pada masanya,
Sebelum Penamaan calon Pilihan Raya,
Musuh yang ria kembali duka,
Kemunculan semula menambah gulana.
Penamaan calon sudahpun selesai,
Wakil KeADILAN memanglah usai,
Kata sepakat paling sesuai,
Tinggal berkempen sebelum menuai.
Peranan semua amatlah perlu,
Laman Web Reformasi memegang teraju,
Menyibarkan maklumat teknologi baru,
Kepada rakyat di
alaf baru.
Laman diupdate setiap saat,
Kepada rakyat beri manfaat,
Mengajak kita hidup muafakat,
Kita bahagia dunia dan Akhirat.
Kami yang jauh beribu batu,
Terpisah oleh lautan biru,
Di dalam hati tak usah ragu,
Demi perjuangan kita bersatu.
Cuma tak dapat nak ikut sama,
Turun berkempen kesini sana,
Namun sokongan tetap dijana,
Semoga kejayaan kan terlaksana.
Dari jauh dikirimkan doa,
Agar Panglima beraksi satria,
Turun kegelanggang sebagai perwira,
Kami di sini tumpang gembira.
TELOK KEMANG menanti kita,
Menabur bakti membelah gelita,
Rakyat menanti seia-sekata,
Pejuang KeADILan membuka mata.
Walaupun berwibawa calon kita,
Dibandingkan dengan calon depa,
Janganlah kita tersilap kira,
Tersilap langkah buruk padahnya.
BN memang sudah terkenal,
Taktik kotorpun dianggap halal,
Tumbuk rusuk, suap
pun handal,
Halal dan haram semua dibedal.
Walaupun SANGGANG sudah berlalu,
BN menang tak payahlah malu,
Namun takkanlah macam selalu,
Asyik nak kalah bertalu-talu.
Taktik yang kotor kita dah tahu,
Cubalah baca segenap penjuru,
Rakamkan juga apa yang perlu,
Biarkan musuh jadi bercelaru.
Cubalah manfaatkan semua keadaan,
Segala jentera mesti digerakkan,
Biarpun sikit nampak ketumbukan,
Yang penting SABAR tugas dijalankan.
Ingatlah pertunjuk dari Al-Quran,
Menyingkap rahsia sebuah kemenangan,
Sifat SABARlah keutamaan,
Mengalahkan musuh ganda duaan.
Tiada gunanya bilangan yang ramai,
Kalau hanya pok amai-amai,
Biarpun sikit tetapi damai,
Sabar menjadikan kemenangan melambai.
Jangan terikut perangai musuh,
Kalah menang mereka bertaruh,
Memancing kita supaya bergaduh,
Supaya mereka dapat mencemuh.
Al-maklumlah, media semua depa punya,
Untuk menyebarkan propaganda,
Kita yang elok, jijik semua,
Depa yang lucah, kita jugak yang kena.
Itu semua cerita lama,
Biarpun lama cerita jugak namanya,
Bagi mereka berjaya juga,
Bagus diulang taktik serupa.
Kita, apa yang kita ada?
Asyik-asyik kita jugak yang kena,
Cubalah cari taktik berguna,
Rasanya Us. Wan Jusuh tahu caranya.
Us.Wan dahpun dapat menawan,
Kerusi ADUN Melor Kelantan,
Cuba tanya taktik dilakukan,
Ingat tak siapa yang Us.Wan kalahkan?
Berbagai taktik haruslah dicuba,
Pengalaman yang lalu jadikan cerita,
Jadi kajian cendikiawan kita,
TELOK KEMANGlah "experiment"nya.
Hai! inilah kerana terlalu gembira,
Melalut-lalut pula jadinya,
Maklumlah Laman Reformasi dah aktif semula,
Bolehlah kita sumbangkan idea.
Tapi kan! dah panjang rasanya ni!
Nanti yang baca tak sampaipun ke sini,
Terlampau panjang diapun berhanti,
Katanya, eh! panjang betul ni!
Jadi kan!, izinkanlah saya mengundur diri,
Lain kali kita bertemu lagi,
Dipanjangkan umur dimurahkan rezeki,
Okay! bai! bai! jumpa lagi!
Sekian!
Terima(lah)Kasih,
AZHARI(S)
30MEI2000/11:58PM
|